Ekonomi Islam

PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM : PERSPEKTIF

MALAYSIA

Oleh

Hj. Abdul Ghani Samsudin

Pendahuluan

Pembangunan ekonomi memang merupakan titik keperihatinan ramai bijak

pandai . Baik cendikiawan muslim mahupun bukan muslim. Tajuk ini memang

luas dan menyentuh berbagai aspek kehidupan. Namun yang hendak

difokaskan oleh penulis dalam kesempatan ini ialah menjelaskan maksud

pembangunan ekonomi dari sudut Islam dan merumuskannya dari perspektif

individu atau rakyat Malaysia yang mempunyai berbagai keturunan dan agama.

Meskipun ekonomi merupakan suatu bidang dan dimensi yang khusus dalam

kehidupan manusia namun pembangunannya tidak terlepas dari dimensi dan

aspek-aspek lain yang melatari perkembangan masyarakat manusia itu sendiri.

Sebab itu persepsi Islam mengenai pembangunan ekonomi tidak memecingkan

mata untuk membangun keseluruhan prasarana dan dimensi yang ikut melatari

pembangunan ekonomi secara langsung atau tidak langsung. Justeru

pembangunan alam benda berkait rapat dengan pembangunan alam rohani, jati

diri dan nilai sosio-budaya.

Perbincangan mengenai tajuk ini merangkum perbincangan tentang konsep

pembangunan, unsur-unsur pembangunan, asas pembangunan, matlamat dasar

pembangunan, reformasi dan pembangunan ekonomi di Malaysia ,kesan

globalisasi terhadap pembangunan, dan sebagainya.

Konsep Pembangunan Ekonomi

Menurut Dr Abdul Ghani ‘Abod : Adams mendefinisikan Economic Growth

sebagai :

" تحول مستمر , واعادة لتوزیع الموارد وكان التحول من الناحیة التاریخیة من الزراعة الى الصناعة , ومن ثمة الى

الخدمات "

Perkembangan atau peralihan yang berterusan, merangkum pengagihan semula

sumber-sumber kekayaan. Perkembangan dari sudut sejarahnya dari era pertanian

kepada era industeri dan dari tahap itu kepada era perkhidmatan .” . i

Namun menurut Dr Abdul Ghani definisi ini akan dilihat sebagai suatu definisi

yang sempit kecuali pengertian proses peralihan tersebut difahami secara

meluas; merangkum perubahan dalam setiap aspek kehidupan. ii

Samaada pembangunan merangkum atau tidak aspek pertumbuhan namun

umum berpendapat bahawa Economic Growth juga bermakna Economic

2

Development secara lumrah. Kedua-duanya saling kait mengait dan diperlukan

dalam negara membangun.

Sebenarnya konsep pembangunan ekonomi Islam bertolak dari pengembangan

sumberdaya manusia (human capital) dan penguasaan teknologi sebagai penggerak utama

(driving force) pembangunan ekonomi. Pengembangan sumber daya manusia merangkum

seluruh potensi dan keberdayaan dan kualiti kemanusiaan dari sudut rohani dan moral.

Pembangunan ekonomi merangkum pembangunan sistem kewangan dan dasar perniagaan

global yang adil. Ia juga merangkum pemerataan kebebasan sosial, keadilan ekonomi,

pengembangan teknologi, usaha mempelbagaikan sumber dan sebagainya.

Sebuah negara dikira sebagai negara membangun berasaskan kadar piawaian

atau kategori tertentu. Kategori diukur berdasarkan Keluaran Negara Kasar per kapita bagi

sesebuah negara. Sesebuah negara dikatakan membangun apabila telah melalui pertumbuhan

ekonomi dan perubahan struktur ekonomi. Pertumbuhan ekonomi ialah peningkatan

pendapatan (keluaran negara per kapita) manakala perubahan struktur ekonomi ialah perubahan

kepentingan sektor kepada perindustrian, peratus penduduk bandar yang tinggi, jangka hayat

semasa lahir yang panjang dan kadar buta huruf yang rendah, serta pendedahan kepada arina

antarabangsa dan sebagainya.

Pembangunan dalam Islam merangkum spectrum sistem nilai dan idea, sistem

sosial yang mengandungi sitem kekeluargaan, politik, ekonomi, pelajaran,

undang-undang dan peralatan budaya seperti penciptaan alat-alat keperluan

hidup, kemudahan pengangkutan, bangunan, mesin, jentera, alat media massa ,

komputer dan lain-lain.

Menurut Habakkuk( 1981,14):

Economic development is an immensely complicated process. It is not just a matter of

natural resources capital and labour. It is part of the whole social development of a society,

it depends not merely on economic circumstances but on social structure and the

attitudes of people to life as a whole . iii

Dalam masa yang sama pembangunan menyeluruh bagi mana-mana negara

bangsa tertakluk kepada tiga faktor penting: Kesedaran tentang permasalahan

kemunduran dalam segenap dimensinya, kesedaran tentang perlunya usaha

menghapuskan kemunduran dan tindakan menghapuskan kemunduran itu

sendiri

Unsur-Unsur Pembangunan

Unsur yang terpenting dalam pembangunan ini ialah unsur manusiawi;

kendatipun tidak dinafikan bahawa konsep pembangunan Islam itu adalah

bersifat komprehensif dan bersepadu. Pembangunan dari perspektif Islam

mengoptimumkan faktor kesejahteraan manusia, akhlak ,dan kebendaan,

kerohanian dan fizikal, ekonomi dan sosial.

3

Sebagai pembangunan yang bersifat pelbagai dimensi, Islam menggalakkan

perseimbangan antara pelbagai faktor- kebendaan dan kerohanian, kuantitatif dengan

kualitatif, luaran dengan dalaman. Islam menetang kekufuran dan kezaliman, sebaliknya

menganjurkan kesyukuran dan keadilan .” iv

Oleh kerana pembangunan berkait rapat dengan soal pembaikan taraf hidup, faktorfaktor

ekonomi tidak dapat dipisahkan kerana ia mempengaruhi pembangunan sosial

secara langsung. Walau bagaimanapun pembangunan tidak harus disamakan dengan

peningkatan di dalam per kapita, pengeluaran dan jumlah eksport. Apa yang penting

ialah pembangunan perlu dikaitkan dengan kualiti hidup masyarakat, dengan itu

pembangunan perlu mampu menyelesaikan masalah-masalah yang berkait dengannya;

iaitu persoalan tentang kemiskinan, keperluan asasi manusia seperti makanan

mencukupi dan memenuhi zat yang minimum, keupayaan untuk mendapat tempat

perlindungan, keupayaan memperolehi peluang pekerjaan untuk menyara keluarga,

keupayaan menghantar anak ke sekolah, keadaan alam sekitar yang bersih dan lain-lain

petunjuk sosial yang bersangkutan dengan suasana kehidupan yang sempurna yang

layak dinikmati oleh manusia .” v

Selain dari itu terdapat unsur lain yang menjadi fak tor penentu; seperti sumber

pembangunan ekonomi yang pelbagai, kemajuan ilmu pengetahuan dan

teknologi, sistem kewangan nasional dan internasional yang stabil dan adil,

sistem politik yang baik, telus, dan saksama yang menggalakan partisipasi

seluruh rakyat dalam membuat keputusan-keputusan penting, persekitaran

antarabangsa yang condusive dan tidak menindas kerana kemunculan neoclonialisme

baru. dan sebagainya.

Asas Pembangunan

Pembangunan bertolak dari falsafah dan konsep yang merujuk kepada persoalan

asas dalam hidup. Dalam konteks umat Islam asas yang paling fundamental

ialah akidah atau iman. Asas ini menegaskan bahawa manusia sebagai

pemegang amanah Allah bertanggungjawab untuk memakmurkan alam dan

mengurusnya dengan cara yang paling baik dan saksama. Allah tidak suka

perbuatan merosakkan; alam tempat penghunian manusia dan makhluk Allah

yang lain dari generasi ke generasi. Kehadiran manusia di dunia ini adalah

untuk penyembahan dan ubudiah diri kepada Allah. Asas Iman, Islam dan Ihsan

melatari segala gerak kerja pembangunan.

Syariat adalah asas pembangunan yang berikutnya. Pengembangan ekonomi

mesti merujuk kepada asas-asas yang syar’i dan halal. Segala akad-akad yang

fasid serta muamalat yang berunsur gharar dan qimar tidak boleh menjadi amalan

dalam membangun ekonomi. Pembangunan mesti menjulang dasar yang adil,

tidak menindas, atau melalui kaedah yang zalim dan haram.

4

Asas berikutnya ialah asas akhlak atau Ihsan. Pembangunan keperihatinan

moral adalah prasyarat dalam pembangunan ekonomi Islam. Sebab itu usaha

meningkatkan kemakmoran mesti digandingi oleh usaha meningkatkan ibadah,

menggilap ruhani dan tendensi kejiwaan yang lohor dan positif. Hal ini penting

untuk mengukuhkan kawalan dalaman serta daya kontrol nafsu dan kemahuan

yang rendah. Jika tidak dilakukan maka masyarakat akan dihantui oleh

kecenderungan melempiaskan nafsu syahwat dan peningkatan jenayah serta

maksiat.

Selain dari itu ilmu, teknologi dan keterampilan adalah asas yang tidak kurang

pentingnya dalam menjana pembangunan ekonomi umat Islam. Semakin tinggi

pencapaian warga umat Islam dalam bidang ilmu, teknologi dan keterampilan

maka semakin meningkat kemajuan pembangunan ekonomi yang dapat dicapai.

Ini berkait rapat dengan keupayaan untuk takhassus atau mencapai darjat

specialisasi dalam berbagai bidang pengeluaran.

Matlamat Dasar Pembangunan

Tujuan pembangunan dapat diklasifikasikan kepada beberapa peringkat.

Perkara ini boleh diperincikan sebagai matlamat, objektif dan sebagainya.

Namun dalam kertas ini kita hanya akan memusatkan perhatian kepada

peringkat matlamat secara umum seperti mana yang dijelaskan oleh ramai para

ilmuan.

Matlamat pertama dalam dasar pembangunan ekonomi Islam ialah

pembangunan sumber daya manusia.

Pembangunan ini merangkum pengembangan seluruh potensi dan kudrat

manusia dalam pelbagai lapangan dan domain serta traits keperibadiannya. Ia

merangkum usaha meningkatkan keterampilan dan kemahiran hidup khasnya

dalam ekonomi yang berasaskan kepada pengetahuan dan e-dagang.

Matlamat berikutnya ialah Peningkatkan Pengeluaran . Perkara ini dicapai

dengan pertumbuhan yang berterusan dan berkekalan dalam pengeluaran

negara dari segi kuantiti, kualiti, kecekapan dan campuran keluaran yang betul.

Memberi keutamaan dan galakan kepada pengeluaran yang dihalalkan, lebihlebih

lagi terhadap barang keperluan asas. Manakala barang yang diharamkan

dan tidak digalakkan perlu dikawal, disekat atau dibatasi pengeluarannya.

Pembangunan Seimbang juga merupakan matlamat pembangunan ekonomi

Islam. Ia bukan hanya bermakna pembangunan yang harmoni dan seimbang

antara wilayah-wilayahdan antara sektor-sektor ekonomi tetapi juga kepada

pemulihan kesaksamaan agihan pendapatan dan pemilikan harta.

5

Seterusnya ialah Peningkatan Kualiti Kehidupan . Pembangunan ekonomi Islam

merangkum peningkatan prasarana kebajikan ekonomi rakyat, peningkatan

budaya kepenggunaan yang bijak dan seimbang; tidak membazir dan lebih

mementingkan kepada memenuhi keperluan secara bersahaja serta mengelakkan

amalan hidup bermewah-mewah. Rakyat sewajarnya merasa semakin selamat,

penawaran barangan keperluan yang serba cukup, pengangkutan yang serba

mudah, bantuan kewangan dan kebajikan untuk seluruh rakyat, perlindungan

pengguna melalui institusi al Hisbah , pembangunan infrastruktur fizikal dan

sosial, kestabilan harga khasnya harga barang keperluan asas, kemudahan

rawatan dan sebagainya. Untuk itu kerajaan perlu mengujudkan peluang

pekerjaan yang luas kepada rakyat, membangun dan menyediakan jaminan

sosial yang berkesan disamping memastikan kesaksamaan agihan pendapatan

dan kekayaan

 

 

 

 

Perkembangan Teknologi dan Penyelidikan juga menjadi matlamat yang

seterusnya.

Kemajuan ekonomi banyak bergantung kepada kemajuan dalam bidang

teknologi tinggi dan penyelidikan. Perkembangan dalam bidang ini semestinya

sesuai dengan dengan keperluan dan Prinsip   Islam. Kejayaan menghasilkan pengeluaran produk teknologi yang tinggi dalam berbagai bidang meningkatkan kebebasan dan kemerdekaan umat dan negara Islam itusendiri. Seterusnya ialah meningkatkan Keupayaan Pertahanan Negara . Umat dan negara umat Islam sering menjadi sasaran pencerobohan kuasa asing yang mahu merampas sumber kekayaan dan menjajah mereka, oleh itu peranan pembangunan ekonomi Islam ialah meningkatkan segala prasarana pertahanan dalam segala bentuk untuk menangkis pencerobohan asing. Ini memerlukan wujudnya dasar pertahanan yang bukan sahaja mementingkan pembangunan tenaga ketenteraan bahkan membangun kilang senjata sistem komunikasi canggih, pengeluaran peralatan perang dan lain-lain. Allah berfirman dalam Surah al-Anfal ayat 60:

 

وَأَعِدُّواْ لَھُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَیْلِ تُرْھِبُونَ بِھِ عَدْوَّ اللّھِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِینَ مِن دُونِھِمْ لاَ

تَعْلَمُونَھُمُ اللّھُ یَعْلَمُھُمْ

Bersiap siagalah menghadapi mereka dengan apa saja dg kekuatan yang kamu mampu ;

serta barisan pertahanan berkuda untuk menakutkan musuh Allah dan musuh kamu.

Juga   musuh lain yang kamu tidak kenal mereka namun Allah cukup mengenali mereka .

Akhirnya ialah Pengurangan Pergantungan Kepada Negara Asing dalam

konteks pertahanan. Negara umat Islam perlu mencapai kemandirian dalam

hubungan pertahanan. Ini juga bermakna negara-negara umat Islam perlu

membentuk strategi pertahanan bersama; sesama negara Islam demi

  mempertahankan maruah agama dan tanahair mereka. Tanpa perjanjian

pertahanan bersama satu demi satu negara tersebut akan ditakluk oleh musuhmusuh

mereka dengan berbagai alasan palsu yang antaranya ialah untuk

memerangi keganasan global.

Reformasi dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia

Untuk lebih menjuruskan perbincangan mengenai tajuk kertas kerja ini kita paparkan

beberapa idea pokok untuk meningkatkan pembangunan ekonomi dan pemulihannya

sepertimana yang dirumus oleh beberapa cendikiawan muslim baru baru ini . Antara lain

mereka menegaskan bahawa dalam rangka mengurangkan beban yang ditanggong oleh

rakyat. Maka, langkah-langkah di bawah perlu diambil oleh kerajaan :

1.Mengurangkan beban cukai

Meningkatkan paras pendapatan yang dikecualikan cukai ke RM12,000 setahun di

samping meningkatkan elaun anak-anak ke paras yang munasabah;

Meningkatkan paras pengecualian cukai pendapatan untuk isteri yang bertugas

sebagai surirumah sepenuh masa sebagai tanda penghargaan akan sumbangan

besar mereka;

Meningkatkan paras pengecualian cukai khidmat kepada jumlah niaga sejuta

ringgit setahun;

Menyemak semula sistem percukaian negara secara keseluruhannya, dengan

tujuan untuk memperkukuhkan hasil kerajaan sambil mengurangkan beban cukai

terhadap rakyat, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

2.Menghapuskan kemiskinan mutlak

Menghapuskan kemiskinan mutlak dalam jangka masa separuh penggal;

Mengurangkan kadar kemiskinan dalam jangka masa satu penggal kepada paras

separuh daripada kadar kemiskinan pada tahun 1999;

Membaiki dasar serta rancangan pembasmian kemiskinan supaya dibebaskan

daripada campurtangan politik dan benar-benar membantu golongan termiskin;

Menyelaraskan berbagai program pembasmian kemiskinan yang sedia ada;

Mengurangkan jurang pendapatan serta kekayaan di kalangan rakyat Malaysia

tanpa menjejaskan hak sah semua rakyat.

3.Membantu peniaga kecil dan penjaja

Menamatkan amalan pelesenan peniaga kecil dan penjaja sebagai sumber

pendapatan negara dan sebagai alat politik kepartian, sebaliknya menggunakan

sistem pelesanan hanya untuk pengurusan dan pemantauan demi menjamin

keselesaan dan kesihatan rakyat, peniaga kecil dan penjaja;

Menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang selesa, bersih dan menarik bagi

penjaja.

4.Memulihkan perkhidmatan pengangkutan awam

7

Dalam konteks ini Kementerian Pengangkutan perlu:

Membaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam dan mengurangkan kadar

tambang pada keseluruhannya supaya sesuai dengan taraf hidup rakyat;

Memberi permit teksi kepada pengusaha-penguasaha individu dan koperasi

mereka, bukan lagi kepada syarikat besar;

Meningkatkan kecekapan dan mutu perkhidmatan teksi oleh pengusaha individu

melalui pembentukan koperasi, persatuan, majlis dan sebagainya untuk

menghasilkan sistem pengangkutan teksi yang teratur;

Menurunkan kadar tambang penerbangan domestik antara Semenanjung Malaysia

dengan Sabah dan Sarawak demi mendorong integrasi nasional dan pelancongan

dalam negeri;

Memodenkan dan mempertingkatkan perkhidmatan keretapi di Semenanjung

Malaysia ;

Memajukan sistem jalanraya di Sabah dan Sarawak ;

Memberi perhatian yang lebih serius terhadap masalah kemalangan dan bahaya

lalu lintas dengan menyediakan kemudahan serta peraturan sesuai yang dapat

menjamin keselamatan orang ramai;

Mengkaji kemungkinan cara pengangkutan awam baru di bandar-bandar utama di

Malaysia untuk membaiki mutu hidup di bandar;

Mengadakan perkhidmatan pengangkutan bas-bas sekolah yang lebih teratur dan

menasabah dari segi tambang untuk meringankan beban kepada ibu-bapa.

5. Mencapai Pertumbuhan Dinamik dan Adil

Supaya ekonomi kita lebih dinamis dan untuk meningkatkan daya saing kita di

pasaran global, kita perlu juga pertingkatkan permintaan domestik serta pelaburan

domestik yang produktif, bukan membazir. Oleh itu kerajaan perlu:

Mengkaji semula rangka pengawasan yang sedia ada, dengan tujuan mengatasi

kekurangannya;

Memastikan sektor swasta berteraskan etika pengurusan korporat, sedangkan

sektor perbankan dan kewangan tidak disalahgunakan dan senantiasa diuruskan

dengan telus dan bertanggungjawab;

Mengutamakan projek-projek yang menjana manfaat yang paling besar kepada

rakyat seperti projek-projek perumahan kos sederhana dan rendah, projek

memodenkan sistem keretapi, projek jalanraya di negeri Sabah dan Sarawak , dan

sebagainya;

Menghentikan projek-projek mega seperti Empangan Bakun dan Empangan

Sungei Selangor yang membazir, memusnahkan alam sekitar dan tidak

mendatangkan manfaat kepada rakyat;

Mempertingkatkan peluang ekonomi yang saksama bagi semua rakyat, dengan

memberikan perhatian khusus dan bantuan khas kepada golongan yang dhaif, dan

sokongan yang cekap untuk inisiatif usahawan tempatan, terutamanya usahawan

kecil dan sederhana;

Memastikan pembangunan ekonomi seimbang lagi mampan, dan tidak

menjejaskan keutuhan sosial atau memusnahkan alam sekitar dan sumber alam;

8

Memastikan rakyat miskin atau kurang berada di kampung-kampung tradisi,

kampung-kampung baru dan ladang-ladang diserap ke dalam arus utama

pembangunan negara menerusi rancangan pembangunan khas serta memberikan

punca pendapatan lebih baik, pekerjaan dan milik tanah kepada mereka.

Memastikan bahawa hak istimewa tidak disalahgunakan untuk memberi

kemewahan kepada segelintir suku-sakat orang berkuasa.

6. Memantapkan perindustrian

Walaupun perindustrian di Malaysia agak maju, kemampuan industri Malaysia masih

agak ketinggalan dan kurang diberi perhatian dan sokongan sewajarnya. Kemampuan

industri Malaysia masih tidak seimbang dan harus diutamakan dengan dasar serta

institusi yang sesuai memandangkan masalah serta cabaran yang dihadapi. Sejajar

dengan kelemahan ini kerajaan perlu:

Memodenkan ekonomi dan membanyakkan industri dengan daya pengeluaran

tinggi bagi meningkatkan daya saing ekonomi negara dan menggalakkan eksport

yang bernilai tinggi;

Mengatasi kelemahan teknologi industri kita yang memperlihatkan jurang yang

agak luas di antara yang agak mundur dengan yang paling canggih;

Memastikan bahawa projek-projek besar, termasuklah projek-projek industri berat,

dirancang secara sepadu dan selaras dengan pelan induk perkembangan industri

yang menasabah;

Memberi insentif serta sokongan lebih untuk industri kecil dan sederhana.

Menggalakkan lagi — melalui sekim insentif yang tepat — hubungan antara

industri tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana, dengan syarikatsyarikat

besar antarabangsa untuk meningkatkan pemindahan teknologi kepada

industri tempatan serta kegunaan input tempatan;

Menyokong usahawan tempatan dan menggalakkan perkembangan kemahiran

serta kemampuan sumber manusia tempatan tanpa menolak kemahiran luar;

Menggunakan modal, kepakaran, pasaran dan teknologi luar dengan bijaksana

demi memperkukuh asas-asas ekonomi tempatan;

Meningkatkan peranan sains dan teknologi demi kemajuan, dan memantapkan

pendidikan sains asas di samping kemudahan latihan teknikal yang sesuai;

Meningkatkan dan mempercekapkan peruntukan kewangan serta perangsang lain

untuk penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi.

7.Mengukuhkan pertanian dan perikanan kecil dan sederhana

Akhir-akhir ini ini, kerajaan seolah-olah melupakan pentingnya sektor pertanian pada

keseluruhannya, dan nasib serta masalah pekebun kecil khasnya. Oleh itu perkara ini

perlu perbetulkan dengan memberi tumpuan yang wajar kepada sektor asas ini, yang

sebenarnya telah menyelamatkan ekonomi Malaysia ketika kegawatan ekonomi melanda.

Dalam konteks ini kerajaan perlu:

Mengutamakan pembangunan pertanian untuk meningkatkan pengeluaran

makanan demi keselamatan dan kestabilan negara;

9

Mempertingkatkan penyelidikan pertanian, khususnya teknologi tinggi, makanan

serta kegunaan industri hasil tanaman di Malaysia ;

Menggubal undang-undang demi melindungi kepelbagaian alam (biodiversity)

dalam bidang pengeluaran pertanian dan perhutanan, serta mempertingkatkan

penyelidikan kegunaan industri bahan kepelbagaian alam;

Mengkaji semula rancangan-rancangan FELDA, FELCRA, RISDA, MAJUIKAN

serta badan-badan kemajuan pertanian dan perikanan lainnya untuk membaiki

pengurusan dan teknologinya demi memanfaatkan para peneroka, petani dan

nelayan;

Menyusun semula monopoli pemerintah yang menelan sumber ekonomi kerajaan

supaya menjadi badan yang lebih cekap, berkesan dan sesuai dengan pasaran;

Melaksanakan dengan tegas undang-undang pengasingan kawasan perikanan

supaya melindungi nelayan kecil daripada pencerobohan bot besar dan pukat yang

merosakkan punca perikanan tepi pantai;

Membangunkan lebih banyak tanah terbiar untuk meningkatkan pembangunan

pertanian.

8.Teknologi dan ekonomi maklumat untuk semua

Rakyat Malaysia menyedari teknologi maklumat (IT) telah muncul dengan cepat sebagai

bidang yang amat penting dan dinamik dalam ekonomi global, sedangkan beberapa

pimpinan negara telah banyak memberi perhatian mengenainya. Akan tetapi, masih

terdapat beberapa jurang yang amat luas, misalnya di antara bandar dan luar bandar, yang

mesti diatasi supaya kita tidak akan ketinggalan zaman dengan kesan yang malang bagi

mereka yang tertinggal.

Oleh demikian, perlu dilancarkan usaha berikut:

Mempercepatkan penyambungan infrastruktur telekomunikasi ke seluruh pelusuk

negara dan mengurangkan kos penggunaannya bagi rakyat jelata;

Mengembangkan pendidikan teknologi maklumat (IT) di semua sekolah dari

sekolah rendah;

Merancang semula pengenalan teknologi maklumat (IT) kepada masyarakat

umum dengan lebih berkesan;

Melancarkan program ‘satu kampung, satu pusat IT’ dengan memberi insentif

yang wajar untuk menggalakkan penyebaran kemudahan teknologi maklumat di

pekan kecil dan di luar bandar;

Mewajibkan perancangan infrastruktur teknologi maklumat di semua skim

perumahan yang baru, termasuk rumah kos murah dan sederhana, dan

memodenkan infrastruktur ini di kawasan perumahan sedia ada dengan cara yang

paling cekap;

Berunding dengan pengeluar perisian untuk mendapat perisian yang murah untuk

pasaran tempatan.

9.Utamakan perusahaan kecil dan sederhana

Perusahaan kecil dan sederhana boleh memainkan peranan yang penting, bukan hanya

untuk pemulihan ekonomi, malah dalam usaha menembusi pasaran antarabangsa. Akan

10

tetapi, amatlah ketara rangka institusi kini perlu dirombak semula supaya benar-benar

menyokong pembangunan dan perkembangan perusahaan ini. Banyak insentif perlu

diberi untuk menggalakkan peningkatan secara berterusan teknologi pengeluaran dan

perkhidmatan perusahaan kecil dan sederhana serta daya pengeluaran mereka.

Sehubungan ini, kita perlu:

Menubuhkan dana pelaburan yang dijamin oleh kerajaan untuk pembangunan

perusahaan kecil dan sederhana yang diperuntukkan mengikut prestasi, bukan

pilih kasih politik.

10.Merombak rangka dasar penswastaan

Kini begitu ketara sekali dasar penswastaan kerajaan hari ini dan pelaksanaannya telah

kerapkali diselewengkan demi menguntungkan segelintir orang dengan pendekatan pilih

kawan (kronisme) dan pilih keluarga (nepotisme). Melalui penyelewengan demikian,

monopoli swasta telah menggantikan monopoli awam sehingga rakyat dibebankan

dengan harga yang terus meningkat. Rangka pengawasan yang sepatutnya melindungi

kepentingan awam hampir tiada atau pun tidak berkesan.

Penswastaan boleh digunakan secara berhati-hati demi pembangunan negara, tetapi dasar

penswastaan serta pelaksanaannya perlu dirombak. Kalaulah sektor swasta boleh

mengurus perkhidmatan dan memajukan projek dengan lebih cekap dan menarik modal

yang kekurangan, sektor swasta boleh dijemput mengambilalihnya daripada sektor awam

asalkan kepentingan awam tidak dikorbankan. Kemudahan awam yang bersifat monopoli

tidak patut dibenarkan menjadi monopoli swasta. Dalam kaadaan sekarang, faedah

daripada penswastaan dibolot oleh kroni pemimpin-pemimpin parti pemerintah tertentu,

sedangkan hanya sedikit faedah yang tumpah kepada rakyat atau pun sektor awam. Oleh

itu langkah-langkah seperti berikut perlu diambil:

Menggantikan dasar penswastaan kini, yang mengandungi unsur udang di sebalik

batu, dengan dasar penswastaan telus yang dapat memelihara kepentingan

pengguna serta pekerja, dan menjamin hak rakyat. Oleh yang demikian, usaha

perlu dibuat untuk memastikan bahawa butir-butir semua kontrak penswastaan

diumumkan kepada orang ramai;

Memastikan bahawa dasar penswastaan memanfaatkan masyarakat, dan bukan

lagi sekadar menggantikan monopoli awam dengan monopoli swasta;

Memastikan bahawa segala kemudahan dan perkhidmatan awam yang asasi —

seperti air, pendidikan, kesihatan dan perumahan rakyat — hanya diperbadankan

atau dikorporatkan demi membaiki pengurusan, tetapi tidak diswastakan;

Memastikan bahawa perusahaan awam yang telah pun diswastakan akan diawasi

dengan rapi untuk memelihara kepentingan rakyat (perusahaan yang telah pun

diswastakan tidak akan dihakmiliknegarakan kerana kerajaan sayugianya akan

patuh kepada undang-undang negara; namun, kontrak yang tidak sah boleh

dimansuhkan demi kepentingan rakyat dan negara);

Membentuk sebuah Suruhanjaya Bebas untuk mengkaji dan mengaudit semua

projek besar yang telah diswastakan untuk memastikan manfaatnya kepada rakyat.

11.Memantapkan Sistem Kewangan

11

Malaysia mesti menyediakan rangka yang perlu untuk mengurus sistem kewangannya

dengan lebih baik supaya dapat mengambil tempatnya bersama negara-negara lain dalam

masyarakat kewangan antarabangsa. Maka oleh itu perlu dibatalkan langkah-langkah

kawalan modal 1 September 1998 dan menggantikannya dengan sistem baru untuk

mengawasi pengaliran kewangan supaya dapat mengelak krisis 1997-8 daripada berulang.

Sistem kewangan dalam negeri perlu ditangani supaya:

bersifat adil, telus, bertanggungjawab serta tidak bercanggah dengan nilai-nilai

Islam;

menyalurkan pelaburan dan kemudahan kredit ke bidang yang produktif, bukan

ke bidang spekulatif;

memulihkan imej, prestij dan kewibawaan Bank Negara;

memastikan perbelanjaan persekutuan disalurkan terutamanya untuk

mempertingkatkan taraf hidup golongan miskin, serta kawasan desa dan

pendalaman yang masih terpinggir.

Sistem percukaian wajar diteliti dengan tujuan menggunakannya untuk menggalakkan

para pengguna dan pengusaha industri supaya lebih peka terhadap pemeliharaan alam

sekitar serta perkara-perkara lain yang diingini dari segi kepentingan negara. Antara

perkara yang perlu diberi perhatian ialah percukaian terhadap untung spekulasi,

pengurangan beban cukai pendapatan upah, gaji dan dividen, dan percukaian terhadap

sumber-sumber alam untuk menggalakkan penggunaannya yang cermat dan lain-lain. vi

Pengaruh Globalisasi Terhadap Pembangunan Ekonomi

Globalisasi mempunyai dampak yang positif dan negative. Perbincangan mengenai hal

ini terus berkecamuk antara golongan yang pro dan kontra atau golongan yang

mengambil jalan tengah. Apa pun jua sesuatu yang tidak dapat dinafikan ialah order

dunia baru kerap diwarnai oleh kepentingan negara besar, kaya, dan kuat ; khasnya yang

mempunyai rekod menjajah dan masuk campor dalam urusan dalam negara mundur dan

negara baru membangun.

Dasar-dasar perdagangan , undang-undang antarabangsa , kekekangan terhadap

penyelidikan dan teknologi pertahanan dan sebagainya banyak melindungi kepentingan

negara-negara super power dan negara kaya. Oleh sebab itu banyak negara-negara dunia

ketiga atau negara yang baru membangun terperusuk dibawah tekanan peruntukan ini dan

tindakan negara kaya untuk memaksakan dasar, sistem dan nilai mereka dalam

pembangunan ekonomi di dalam negara mereka masing-masing. Ada negara yang

semakin bertambah miskin dan bertompok hutang luar negara mereka hasil dari daripada

mengikuti telunjuk dan nasihat pakar Bank Dunia umpamanya.

Ini bermakna negara-negara umat Islam perlu membentuk blok-blok ekonomi sesama

mereka untuk menghadapi gugatan yang bersifat menyeluruh dan global . Mereka wajar

mempunyai mekanisme khusus dalam menangani kesan dan pengaruh negative

globalisasi yang menghakis kebebasan dan kemerdekaan negara dan rakyat.

Penutup

12

Masa depan negara bergantung kepada keupayaan merumus konsep pembangunan

ekonomi yang lebih bersepadu, mempunyai daya saing dan keupayaan menembusi

pasaran global. Ia juga bergantung kepada system pentadbiran dan pengurusan negara

dan syarikat yang telus, tegas dan bebas daripada campurtangan politik yang tidak wajar

dan berkepentingan . Sistem dan budaya yang bebas dari amalan korupsi, kronisme dan

nepotisme di samping penyalahgunaan perbelanjaan kerajaan untuk kepentingan parti

tertentu.

Pembangunan dan pengukuhan ekonomi kita tidak boleh terlepas dari usaha

meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran; mewujudkan kontrak sosial baru;

memupuk perpaduan nasional; membina demokrasi tulen; dan memulihkan imej dan

kedudukan Malaysia di pentas dunia, di samping membangun warga Malaysia yang

memenuhi kualiti insan berbudaya tinggi dari segi jasmani, mental dan rohani. Iaitu

rakyat yang matang dari segi ekonomi dan politik; bersifat penyayang; kreatif;

mempunyai nilai dan orientasi hidup yang seimbang; berupaya menyumbang kepada

kebangkitan semula maruah negara dalam ertikata yang menyeluruh, bukan hanya

ekonomi dan teknologi semata-mata.

Suatu sistem pendidikan ekonomi Islam yang maju perlu dirumus dan dikembangkan

dalam sukatan pelajaran negara demi meningkatkan kefahaman rakyat terhadap

persepktif pembangunan ekonomi yang lebih menyeluruh dan besepadu untuk mencapat

darjat negara maju yang seimbang dalam aspek duniawi dan ukhwawi, negara yang tidak

menjadi sarang peningkatan amalan maksiat dan jenayah.

Kelang, 10 Februari 2004

Bersamaan 20 Zulhijjah 1424

i Abdul Ghani ‘Abod, Dr. “al-Tarbiah al Iqtisadiah Fi al Islam” Cet Maktabah al Nahdhah al Misriah ,

Kaherah 1992. Hlm.: 63

ii ibid: 63

iii Habbakkuk, J. 1918.”The Entrepreneur and Economic Development” Dalam Ian

Livingstone.Development Economics and Policy: Reading London :George Allen and

Unwin.Hlm.14-20

iv Surtahman Kastin Hasan “Ekonomi Islam : Dasar dan Amalan” DBP K.Lumpur 1993, Hlm.186

v Nor Aini Hj Idris &Rakan “ Wanita Malaysia Dalam Era Pembangunan Industri” Penerbit

UKM, Bangi 1996,. Hlm 12

vi Dipadankan dengan dokumen “Ke arah Malaysia yang Adil” BA Oktober1999 Hlm. 14

 

Fri, 8 Jan 2010 @21:36


Tulis Komentar

Nama

E-mail (tidak dipublikasikan)

URL

Komentar

Kode Rahasia
Masukkan hasil penjumlahan dari 7+0+2

Komentar Terbaru

Arsip
Jam

Komentar


ShoutMix chat widget

Copyright © 2010 santun_institute · All Rights Reserved
Proudly Powered by sitekno